Sunday, February 27, 2011

OPERASI PEMINDAHAN "BUJANG GAGU"










Seekor gajah jantan yang berusia sekitar 45 tahun dan diberi nama oleh penduduk Kampung Gagu sebagai "Bujang Gagu" telah dipindahkan ke Kenyir baru-baru ini. Bujang Gagu dikatakan sering muncul di daerah ini terutama di kawasan Kampung Gagu yang juga menjadi  kampung kelahiran Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Kehadiran Gajah di daerah Jelebu bukan sesuatu yang menghairankan. hampir setiap tahun dilaporkan bahawa terdapat penduduk yang terserempak dengan kawanan gajah yang di dakwa datang dari Lembah Jemeloi, Pahang dan Jelebu antara kawasan mereka mencari makanan.

Selain gajah, daerah Jelebu juga sering dikejutkan dengan penemuan tapir atau cipan, harimau belang, harimau kumbang, rusa, kijang dan juga pelbagai binatang lain.  Walaupun daerah ini hampirdengan Seremban atau Bandar Ampang  tetapi persekitarannya  masih lagi merupakan kawasan hutan tebal yang bersambung dengan Negeri Pahang.

Lagi maklumat tentang Aktiviti Konservasi Gajah
- http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmatan-kami/kemudahan-rekreasi/385
-http://temerlohpahang08.blogspot.com/2008/05/seladang-pusat-konservasi-hidupan-liar.html
-http://malaysiameriah.blogspot.com/2010/06/nasib-tapir-di-malaysia.html